MIMPI ITU 5

'Cik... cik..'
 
Suara yang sayup-sayup itu semakin jelas kedengaran. Ku buka mata perlahan-lahan.
 
'Cik..., Cik ok tak?'
 
Aku angguk kepala sambil cuba untuk duduk. Beberapa pasang mata di hadapanku memandang dengan penuh tanda tanya.
 
'Cik buat apa sorang diri malam-malam macam ni?' soal gadis bertudung biru itu lagi.
 
Aku termenung seketika sambil melihat kawasan di sekitar. Aku masih lagi di puncak Jugra. Masih lagi di atas bumi tempat aku berpijak sebelum aku jatuh tidak sedarkan diri.
 
'Saya mendaki tadi' balasku sambil menyambut botol air mineral yang disuakannya.
 
'Sorang?' soal seorang lelaki berseluar celoreng
 
Aku mengangguk. Kumpulan itu saling berpandangan antara satu sama lain. Ku perhatikan mereka seorang demi seorang. Bertujuh mereka semuanya. 3 lelaki dan 4 orang perempuan. Lebih kurang sebaya denganku umurnya, pertengahan 20-an atau  dihujung 20-an.
 
'Saya Wan, dan mereka ni sahabat-sahabat saya. Yang bertudung biru ni isteri saya, Syuhada namanya.'
 
'Saya Adriana...'
 
Mereka memperkenalkan diri seorang demi seorang. Wan dan Syuhada, pasangan suami isteri itu menceritakan kembali keadaan sewaktu mereka bertemu denganku.
 
'Maaf sebab saya banyak menyusahkan kamu semua.'
 
'Isshhh... tak susah pun Ad. Mungkin kami yang dah menyusahkan Ad sebenarnya,' ujar Syuhada.
 
Cahaya yang aku lihat sebelum itu rupa-rupanya adalah cahaya lampu suluh milik salah seorang dari mereka. Menurut Wan yang sering mengikuti program eksipidisi sebegini, punca aku jatuh pengsan mungkin kerana kekurangan oksigen. Aku hairan, sebelum ini tak pernah pula perkara sebegini terjadi padaku.
 
'Tak pun Cik Ad kita ni terkejut bila ternampak Mok kot.' Seloroh Haizar yang selesa dengan panggilan Wak Jar.
 
'Mok?' soalku
 
'Oh.. lupa nak beritahu Ad. Seorang lagi dah turun ke bawah, nak ambil kereta. Kami biasanya akan stay sampai subuh dan solat Jemaah kat atas ni. Kami akan turun balik lepas jam 7 pagi.' jawab Wan
 
"Tapi disebabkan kami berjumpa dengan kawan baru yang pengsan ni..., kami tukar program.' sambung Wan sambil mengusik. Syuhada sempat mencubit lengan suaminya.
 
'Maaf ye Ad. Wan ni memang suka mengusik'
 
Aku ketawa kecil. Walaupun baru saja kenal, tapi kemesraan mereka buat aku rasa senang.
 
'Hah.. itu pun Mok' jerit Mila, gadis manis yang bertubuh kecil dan lincah.
 
Aku menoleh kebelakang. Kelihatan sebuah kenderan pacuan empat roda meluncur laju.
 
'Mari Ad. Saya rasa Mok tak kisah kalau hantar awak balik ke rumah.' Bisik Mila.
 
Faeza dan Mila membantu aku berdiri manakal Wan dan Syuhada sudahpun menghampiri pemuda bernama Mok itu.
 
'Jangan risau Ad. Namanya tak sama seperti orangnya,' Ucap Faeza sambil ketawa.
 

Comments