Skip to main content

Posts

Featured

MIMPI ITU 9

Keringat kecil mula membasahi dahi. Badanku menggigil kesejukan, terasa ringan seolah-olah terapung di udara. Bangunan yang bersusun di bahu jalan kelihatan berbalam-balam. Kupejamkan mata seketika. Mungkin keletihan. Mungkin aircond terlalu kuat. Mungkin juga sebab aku lewat bangun. Mungkin juga berpunca dari period yang satu ini. Lagu sentimental yang berkumandang membuatkan gegendang telinga seakan mahu pecah. Dahiku berkerut menahan sakit. Kepala mula berdenyut, tekak terasa loya. Keluhan yang maha berat kulepaskan perlahan.  Kenapa waktu ini... kenapa Fasya. Lelaki itu kulihat tenang memandu di sebelah. Jam di dasboard menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku semakin resah. Jalan masih sesak. Meeting bersama CEO Murni Development akan bermula jam 10.00 pagi. 15 minit sahaja masa yang tinggal. Dato' Shukri sudah terkenal dengan sikap bengkengnya. Andai usahasama kali ini gagal, tentu aku yang akan dipersalahkan. Aku mengeluh lagi. Fasya.... bayangan gadis itu

Latest posts

MIMPI ITU 8

MIMPI ITU 7

MIMPI ITU 6

MIMPI ITU 5

MIMPI ITU 4

MIMPI ITU 3

MIMPI ITU 2

MIMPI ITU 1