MIMPI ITU 6

Dua bulan telah berlalu sejak peristiwa aku pengsan di Bukit Jugra.

Rutin harianku makin menekan waktu lapangku. Tuntutan kerja di pejabat seakan tak pernah putus. Aku bersyukur, kesibukan yang aku hadapi sedikit sebanyak membuatkan tidurku lena tanpa kehadirannya.
Fasya?
Gadis genit itu sudah mula memaafkan aku. Jujur ku katakan, aku tidak layak menjadi sahabat baiknya. Keangkuhan diriku menyekat aku untuk meminta maaf padanya secara lisan. Namun hatinya yang jernih, seakan memahami kemelut dalam hatiku. Dan aku amat menyayangi sahabat ku nan satu itu. Meski seribu tahun lagi, aku belum pasti akan mendapat sahabat sebaik dan seindah namanya.
'Going home honey?'
Aku memandang ke arah suara yang sangat aku kenali itu sambil tersenyum.
'People might think something gross happen between us dear,' usikku
Fasya ketawa tanpa di tahan-tahan. Bunyi tawanya membuatkan aku tenang. Sungguh, aku tak sanggup lagi menahan diri dari tidak bercakap dan berjumpa dengannya, biarpun untuk satu hari sekali pun. Mungkin agak pelik bagi orang lain. Namun perasaan ini hanya aku yang mampu mengerti. Fasya bagai sebahagian dari aku... lebih tepat lagi diriku yang satu lagi. Peribadi ku yang sebenar, yang cuba aku sangkal dan aku  cari melalui dirinya.
'I think I'm going to disappoint you... ' sambungku sambil menunjuk ke arah timbunan fail di atas lantai.
Fasya hampir sambil membelek fail tersebut satu demi satu. Dahinya berkerut seribu. Fasya menarik kerusi di hadapanku.
'Damn crazy,' dengusnya perlahan tapi masih jelas kedengaran.
'Pardon me?'
'Your boss, dear. He's quit crazy for a bachelor as young as his.'
'No kidding dear... but this is what I have to do to earn for my living instead of seducing man...' ujarku sambil mengenyitkan mata. Fasya memandang ke arahku bagai tak percaya.
'Are you?' soalnya dengan mata yang bagai terjojol keluar.
Aku ketawa kecil, 'I can't believe you're taking it seriously'
Fasya membetulkan kedudukannya.
'Owhhh... I wonder, why we keep talking in English lately? Aren' you the one who depise it?'
'I guest she's learning to change that part of her.'
Kami berdua memandang serentak ke arah suara tersebut.
'Sorry for disturbing both of you, but I need to see Adriana.'
Fasya telan air liur. Kami bertukar pandangan.
'See you at home Ad.'
Aku sekadar tersenyum.
'...and good luck girl,' bisiknya lagi sambil mencuit lenganku.
Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Lelaki itu sudah kembali ke biliknya barangkali.
Betul kata Fasya, bos baru ku ini ada sedikit kurang normal jika di amati dengan teliti.
Kot mengejar kerjaya sekali pun, kenapa aku diheret sama? Ku gagahkan diri melangkah masuk ke biliknya, dengan harapan dia tidak mendengar perbualan aku dan Fasya tadi. Tapi, siapa tahu kalau jangkaan aku meleset?
Kuketuk pintu bilik yang telah terbuka.
'Please come in and have a seat.' balas lelaki itu tanpa memandang ke arah ku
Aku masuk tetapi aku ambil keputusan untuk terus berdiri. Aku tidak berharap untuk berada lama di bilik beliau.
'I'm not crazy enough to eat you if that's what make you choose to stand rather than sit comfortably.' Ujarnya seakan memerli. Ada senyum sinis terpalit dihujung katanya.
Saat itu, aku bagaikan diserang stroke. Jantungku berdebar kencang. Ku tarik kerusi dihadapannya dan duduk tanpa memandang ke arahnya. Tak mustahil dia mendengar keseluruhan perbualan kami tadi.
'And yet, I believe you're not going to seduce me, after knowing that I'm quite crazy. Right, Ms Nur Adriana Mirza.' Balasnya bagai menjawab persoalan yang bermain di fikiranku.
Dan aku hanya mampu terkebil-kebil memandang sepasang mata berwarna kelabu di hadapanku.



******

Perutku menyanyi lagu Keroncong untuk Ana. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Aku mengeliat sepuas hati. Rasa sengal kerana terlalu lama duduk menghadap kerja yang entah bila akan selesai. Berbakul-bakul rasanya aku menyumpah dalam hati. Setengah jam masaku habis begitu saja.

'I'm not crazy enough to eat you if that's what make you choose to stand rather than sit comfortably.'

Kata-kata itu masih segar bermain ditelingaku. Aduh, rasa panas yang singgah diwajahku kala itu tak dapat ku gambarkan.
 'And yet, I believe you're not going to seduce me, after knowing that I'm quite crazy. Right, Ms Nur Adriana Mirza.'

Aku pun belum cukup gila untuk menggoda mana-mana lelaki buat masa ini, terutamanya lelaki bermata kelabu itu. Kini aku faham usikan teman-teman sepejabat yang lain. Patutlah ramai yang menolak untuk bekerja dengannya. Tapi jangan salah faham. Aku juga sedaya upaya menolak, namun pujukan dan cabaran Tn.Hj Zaki membuatkan aku terpaksa setuju.

'Jangan risau Adriana. Anak bos besar kita tu bukanlah seperti yang digembar-gemburkan orang'

'Saya tak pasti nak terima ke tidak Tn. Haji' balasku lemah.

'Kamu anggap ni sebagai satu cabaran untuk kamu. Ini peluang untuk kamu belajar perkara baru' ujar Tn. Hj Zaki masih berusaha memujukku.

'Saya....' aku mengeluh perlahan. Akhirnya, ini nasib yang aku harus hadapi akibat termakan dengan pujukan  Tn. Hj. Zaki.

Ku capai telefon yang ku set dalam mod vibrate. Aku tersenyum sendiri. Mesej Fasya sangat mencuit hatiku.

Fasya: Tak mau balik ke?

Aku: Belum boleh balik... ;(

Fasya: I'm starving like death...

Aku: Hmmm.... ada left over chicken pie semalam dalam freezer.

Fasya: Aku nak nasi goreng super power yang kau selalu masak tu :<

Aku: Seriously honey, I can't make it. At least not until 10 p.m

Fasya: Damn it..... That guy memang cari pasal!

Aku: If only you know what happen after you go.... T_T

Fasya: I knew it already.... He heard all of our stupid talk right? And now, he punishing you.Oh dear....... By the way, how are you going home?

Aku tepuk dahi. Masyaallah, aku lupa yang aku tak bawa kereta hari ni.

Aku: It's ok. Aku naik teksi je nanti.

Antara pasti atau tidak, aku mula mengira-ngira antara menaiki teksi atau bas. Sebenarnya aku ada sedikit fobia menaiki kenderaan awam, lebih-lebih lagi teksi.

'I'm going home... aren't you too?'

Aku memandang ke arah suara itu. Matanya memandang tepat ke arahku. Aku sedikit gugup. Aneh... mungkin kerana peristiwa petang tadi, bisikku menyedapkan hati sendiri.

'Speechless? No, I bet you're nervous right now...' sambungnya sambil bersandar di pintu. Lelaki itu tersenyum sinis.

Kata-katanya membuatkan aku terkedu. Terkebil-kebil aku sambil memikirkan jawapan untuk soalannya.

'I'm not nervous neither speechless,' balasku, cuba untuk bersikap professional walhal rasa jengkel dengan sikapnya hampir saja membuatkan aku bersikap kurang ajar.

Aku mengeluh perlahan. Ajaran ibu dan ayah sedikit sebanyak memberikan kesan yang positif dan negatif ke atas aku. Ada masanya menyebabkan aku dianggap sebagai orang yang mudah untuk dibuli.

'If so... mind me sending you home?'

Are you out of you mind? Jeritku di dalam hati. Betul kata Fasya. Lelaki ini agak gila. Oh, sebelum aku lupa, bukan setakat gila tapi agak merbahaya.

'I'm asking politely.... so what's your answer?'

'Still deciding?' balasku bersahaja.

'You've got 2 minutes to decide or else I'll leave you on your own. And I don't think the guys out there less crazy than me'

Owhhh... seems like somebody agreed that he himself crazy.

'Actually, I appreciate for your kindness towards me boss. But I think I can handle those guys. Beside,  I'm not going home straightly ' respon ku masih lagi menahan diri untuk tidak bersikap kurang ajar.

'So... its decided then. Stay safe or else...' bicaranya mati di situ.

Antara sedar atau tidak, lelaki inilah punca aku mula bercakap dalam bahasa Inggeris tanpa rela. Aku mengeluh lagi sambil mengemas barang-barang di atas meja. Bekerja seharian sangat memenatkan apatah lagi bila terpaksa berurusan dengan lelaki seperti itu.



********

'Or else what?' Fasya pandang aku tepat-tepat.

'How come I know?'

'Didn't he finish it on his way out?'

"Did he? Did he not? I'm not paying any attention into it.'

Fasya mendengus.

'Please Fasya. Aku dah rasa tak lalu nak cerita pasal dia.'

'Ok... ok, but promise me something dear,' balas Fasya

'Promise me that you'll let me know when you remember it.'

Aku angkat tangan, 'Baik bos.'


Comments