MIMPI ITU 7

FARISHA


Keangkuhan lelaki itu semakin menjadi-jadi. Kulihat Ad tertidur di atas sofa. Masih lagi dengan baju yang dipakai untuk kerja semalam. Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati.
'Even the devil itself won't do this kind of treatment towards you' protesku sambil memandang wajah gadis bertubuh kecil itu.
Melihatkan wajah polos gadis ayu itu, hatiku bagai dihiris-hiris. Jam di dinding tepat jam 6.30 pagi. Sengaja aku tak kejutkan Ad. Ku tahu waktu off solatnya. Biar padan muka mamat tu. Pandai-pandailah dia buat kerja nanti.
Usai mandi dan bersiap-siap, aku capai note pad di atas meja. Meninggalkan sedikit pesan buat sahabat tercinta.
'Dear my beloved one,
Don't get mad on me coz I know you really need your off today. Don't worry, one rebel doesn't make you end your clean records. I've make you my version of super power nasi goreng. Prepare for the worst and blame me not for its SCRUMPTIOS-ness.
Lot of luv....
Your babe. '
Selepas berpuas hati dengan semuanya, perlahan-lahan aku keluar dan berharap agar Ad tak meroyan bila terjaga nanti.

Comments