MIMPI ITU 9



Keringat kecil mula membasahi dahi. Badanku menggigil kesejukan, terasa ringan seolah-olah terapung di udara. Bangunan yang bersusun di bahu jalan kelihatan berbalam-balam. Kupejamkan mata seketika. Mungkin keletihan. Mungkin aircond terlalu kuat. Mungkin juga sebab aku lewat bangun. Mungkin juga berpunca dari period yang satu ini.



Lagu sentimental yang berkumandang membuatkan gegendang telinga seakan mahu pecah. Dahiku berkerut menahan sakit. Kepala mula berdenyut, tekak terasa loya. Keluhan yang maha berat kulepaskan perlahan. 

Kenapa waktu ini... kenapa Fasya.

Lelaki itu kulihat tenang memandu di sebelah. Jam di dasboard menunjukkan pukul 9.45 pagi. Aku semakin resah. Jalan masih sesak. Meeting bersama CEO Murni Development akan bermula jam 10.00 pagi. 15 minit sahaja masa yang tinggal. Dato' Shukri sudah terkenal dengan sikap bengkengnya. Andai usahasama kali ini gagal, tentu aku yang akan dipersalahkan. Aku mengeluh lagi. Fasya.... bayangan gadis itu tersenyum nakal terpampang di benak. Aduh Fasya... bala apa yang menimpa aku kali ini.

'Relax, standby... get ready for any inconvenience. I don't want our effort toward this JV for days seem useless just because we can't face it.'

Aku hanya mampu mengangguk.

'Stop sighing, its a bad luck,' ujarnya bersahaja sambil tersenyum sinis.

'Stop smirking, its make thing worst for me,' balasku perlahan tanpa sengaja.

'Why? does it make your heart flutter?'

Aduh, well done Ad. You makes him really proud with himself.

'Keep your comment in your head dear?' soalnya lagi.

Aku ambil langkah selamat dengan berdiam diri. Kuatir andai bicaraku nanti membuatkan aku melampaui batas antara pekerja dengan majikan. Tidak kunafikan, sikapnya yang open minded adakalanya membuatkan aku lupa kedudukanku yang hanya makan gaji.

Namun ada satu hal yang membuatkan aku berasa hairan. Tak pandai berbahasa Melayu kah lelaki nan satu ini?

Comments