MIMPI ITU 2

'Toast je ke?'

'Nope... ade marmaled and sekaya. Which one?"

Fasya mencebik sambil mengusap perut. Kerusi ditarik. Tangannya pantas mencapai roti bakar yang kuhulur.

'Scrambled egg ke at least... kenyanglah sikit,' rungutnya lagi.

'Boleh je... kalau kau bangun awal sikit,' jawabku bersahaja.

Fasya tersenyum simpul.

'Tapi air tangan kau paling sedap Ad. Especially nasi goreng kampong kau yang super duper terbabom tu.'

Aku buat tak layan. Kalau dah namanya anak manja tu, memang ada sajalah alasannya.
Mujur pinggan mangkuk sendiri tahu nak basuh. Kalau tak memang naik angin aku dibuatnya.
 
Aku kenal Fasya dah lama, sejak di kolej lagi. Kami sama-sama di tempatkan di bilik yang sama. Habis saja kuliah, masing-masing balik ke kampung halaman. Aku balik ke Banting, Selangor dan Fasya balik ke Sabah. Meskipun jauh beribu batu namun keakraban kami tak putus begitu sahaja. Kami tetap berhubung melalui email. Waktu tu, telefon pintar belum lagi diperkenalkan di Malaysia. Kalau pun ada, harganya masih tak mampu lagi untuk graduan menganggur macam kami miliki. Kami dengan haluan masing-masing. Mungkin jodoh kami panjang, Allah pertemukan kami semula saat aku dan Fasya lapor diri di tempat kerja. Tak pernah kami merancang atau berpakat untuk mohon kerja di tempat yang sama. Hampir saja kami menjerit waktu sesi suai kenal dijalankan. Mujur kami beringat, kalau tidak tak tahulah apa akan jadi waktu itu.
 
Begitu indah aturan Allah S.W.T. Aku yang tidak punya ramai kenalan dipertemukan dengan sahabat yang sebegini baik. Susah senang kami bersama. Bergaduh usah dikira, dah macam adik beradik gayanya. Ibu aku ibu dia juga. Ibu dia ibu aku juga. Bezanya Fasya berkongsi kasih ibu aku dengan adik-beradik ku yang lain, sedangkan aku boleh bermanja-manja sepenuhnya dengan ibunya. Fasya anak tunggal yang istimewa. Ibu dan ayahnya juga merupakan anak tunggal. Cabang keluarganya tidak besar. Kerana itu juga dia cukup seronok jika dapat berkumpul dengan adik-beradikku. Meskipun aku cuma punya seorang abang dan seorang adik, tapi sudah cukup kecoh dengan kehadiran Fasya.
 
Ibu juga tidak pernah rasa tidak senang dengan gadis berdarah kacukan itu. Sedikit sebanyak adat melayu ibu ajarkan kepadanya. Tentang Islam itu sendiri, ibu perjelaskan kepadanya saat dia masih kelihatan kabur dan prejudis terhadap Ad-Din itu. Ya, Fasya bukan anak melayu dan bukan juga beragama Islam. Nama sebenarnya Felicia Yap. Ibunya berbangsa Eropah manakala ayahnya berbangsa Cina yang menetap di Sabah. Fasya, nama itu aku yang berikan gara-gara susah benar nak menyebut nama asalnya. Mujur dia suka.

'Kau tak nak jumpa ustaz ke?' soal Fasya tiba-tiba.

'Kenapa nak jumpa ustaz?' Tanyaku kembali.

'Mimpi aneh kau tu... tak nak cari jalan penyelesaian ke? Hari-hari bersilat.' Fasya tersengeh.

'Oooo.... aku ganggu tidur kau ye?'

'Bukan macam tu maksud aku Ad. Kalau dibiarkan nanti makin melarat. Kau pun aku tengok makin hari makin tak bermaya. Tidur tak cukup... asyik termenung. Sampai bila kau nak bertahan?'

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh, tak pernah aku terfikir ia akan melarat sejauh ini. Kata Fasya ada betulnya.

'Aku belum bersedia Sya. Ada ke orang nak percaya cerita aku nanti? Silap haribulan aku dituduh sakit jiwa...'

'Cuba kau cerita pada ibu. Manalah tau, kot ibu boleh tolong selesaikan. Lagi pun dah tiba masanya kau kongsi masalah kau dengan ibu.'

'Aku tak mahu ibu susah hati Sya'

'Come on Ad, mana ade ibu yang tak susah hati kalau tengok anak dia termenung macam kau. She's already know it.'

Terkejut aku mendengarkan kata-kata Fasya.

'Macam mana ibu tau? Kau cerita pada ibu ke?'

'Tak... aku tak cerita apa-apa pun. Aku buat-buat macam tak perasan pasal perubahan kau. And you know what... I hate myself for that.'

'Ad, kau tau aku sayang kau macam aku sayang diri aku sendiri. Aku tak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada kau. Aku tak mengharapkan yang apa kau alami sekarang adalah sesuatu yang buruk tapi aku juga tak mampu nak tengok kau menanggung akibat yang buruk. Please Ad, aku nak kau tolong diri kau. Bukan aku minta kau tolong aku pun..'

'Ia tak semudah tu Sya. Hampir 20 tahun aku simpan ia sebagai satu rahsia Sya. Susah untuk aku kongsi pada orang lain yang belum tentu akan faham dan boleh terima,'

'Ad!! Dia bukan orang lain... she's your mom. Your own mom.'

Fasya kelihatan berang. Ini kali pertama aku melihat dia benar-benar marah.



 



Comments